Cara Install Windows XP
Terdapat banyak cara untuk memasang Windows XP pada stesen kerja. Jika anda memasang dengan memformat Harddisk, kemudian boot komputer melalui CD-ROM, cara ini dipanggil sebagai clean install. Anda perlu menjalankan clean install jika:
» Komputer anda menggunakan Windows 3.0, Windows 3.11, Windows 95 dan Windows 3.51
» Komputer anda tidak menggunakan produk dari Microsoft
» Komputer anda masih belum mempunyai sistem operasi
Mari saya mulai dengan menjalankan instalasi Windows XP dari CD. Saya akan mengganggap komputer anda belum mempunyai sistem operasi di dalamnya.
1. Hidupkan PC anda dan masukkan CD Windows XP Professional ke dalam CD-ROM. Anda perlulah terlebih dahulu mengaturkan supaya sistem anda dapat boot melalui CD-ROM.
2. Selepas komputer selesai menjalankan POST, rutin setup untuk Windows XP akan bermula. Lihat gambar di bawah berikut:
Awalan program menunjukkan proses penyalinan fail-fail yang diperlukan oleh Windows XP. Semasa proses ini dijalankan, program setup akan memuatkan Windows XP (versi minima) sebelum dapat memulakan program setup. Secara spesifik, saat ini Windows akan memuatkan pemacu (driver) bagi kegunaan perkakasan yang tertentu.
3. Sebaik sahaja program setup selesai memuatkan kesemua file-file pemacu yang diperlukan, anda kan dapat melihat senarai jadual partition bagi sistem anda. Lihat gambarajah di bawah:
Gambar di atas menunjukkan sistem anda masih belum mempunyai partition. Untuk membuat partition, anda boleh menggunakan utility ini.
Catatan: Jika sistem anda sudah mempunyai partition, anda boleh membuang partition tersebut dan menggantikan dengan partition yang baru.
Untuk membuang partition, tekan D. Untuk membuat partition, tekan C.
4. Apabila anda memilih untuk membuat partition baru, anda akan di bawa ke paparan berikut.
Gambar di atas menunjukkan paparan Partition. Anda diberi pilihan untuk meletakkan size partition yang ingin diciptakan. Jika anda tidak memahami maksud partition, saya mencadangkan anda menggunakan keseluruhan size partition secara maksimal, tekan Enter untuk ke peringkat seterusnya. NOTA: Perlu diingat Windows XP memerlukan size harddisk sekurang-kurangnya 1.5GB.
5. Kemudian, anda akan ditanya bentuk format bagi partition baru anda. Terdapat beberapa pilihan format iaitu NTFS (Quick), FAT (Quick), NTFS, dan FAT. Pilih jenis format yang dikehendaki dan tekan butang Enter untuk ke peringkat seterusnya.
6. Setelah anda memilih jenis format, program setup akan memulakan proses format pada partition yang diciptakan. Bergantung kepada size partition dan jenis sistem file yang dipilih, proses ini akan mengambil masa antara 1 hingga 10 menit untuk selesai.
Gambar di atas menunjukkan proses memformat partition.
7. Kemudian Windows XP akan memulakan proses menyalin file - file sumber Windows XP dari CD ke dalam partition baru. Proses ini akan mengambil beberapa menit.
Gambar proses menyalin file - file Windows ke dalam Harddisk.
8. Setelah selesai menyalin file - file Windows, sistem akan reboot. Setelah komputer anda selesai reboot, program setup akan bertukar ke mod GUI, saat ini sistem akan mengenal pasti dan memasang perkakasan yang terdapat di dalam PC anda. Pada proses ini juga akan menyebabkan screen anda berkedip-kedip untuk beberapa kali kerana sistem cuba untuk mengenal pasti jenis video yang sedang digunakan.
9. Semasa dalam mod GUI, anda akan ditanya untuk memeriksa setting Regional dan Language. Anda juga perlu memasukkan Product Key bagi Windows XP. Nombor Product Key ini boleh didapati di label CD Windows XP.
10. Klik Next. Pada paparan berikutnya, masukkan nama komputer dan kata laluan Administrator. Klik Next, dan pada paparan seterusnya, pilih Time Zone bagi kawasan anda.
11. Pada langkah berikutnya, anda akan menetapkan konfigurasi pada Network Settings, terdapat dua pilihan diberikan: Typical dan Custom. Jika anda memilih Typical settings, sistem anda akan dipasangkan dengan komponen-komponen berikut:
- Client for Microsoft Networks
- QoS Packet Scheduler
- File and Print Sharing for Microsoft Networks
- TCP/IP, configured for DHCP
Jika anda memilih Custom settings, anda akan diberi peluang untuk menambah dan menetapkan konfigurasi network secara manual. Anda tidak perlu risau tentang ini, jika anda melakukan kesilapan pada konfigurasi, anda masih boleh mengubahnya kemudian.
Gambar di atas menunjukkan konfigurasi Network Settings.
12. Berikutnya, anda perlu menetapkan jenis network yang ingin disertai, sama ada Workgroup atau Domain. Jika anda memilih untuk menyertai Domain, anda akan ditanya untuk memasukkan maklumat username serta kata laluan bagi mengesahkan identiti anda. Kemudian klik butang Next.
Gambar di atas menunjukkan paparan untuk memilih Workgroup atau Domain.
13. Sekarang anda bolehlah membiarkan sistem anda menyalinkan file - file yang diperlukan. Semasa proses penyalinan ini, sistem anda akan memasang program-program ke dalam Start Menu, mendaftarkan komponen Windows dan membuang fail-fail sementara dari Temporary folder.
14. Apabila proses setup hampir siap, sistem anda akan melakukan kemaskini dan reboot. Jika semuanya berada dalam keadaan baik, sistem anda terus akan memuatkan Windows XP Professional dan anda bolehlah menggunakan sistem operasi baru anda. Lakukan pemasangan perisian-perisian pihak ketiga seperti program utiliti, perisian pejabat, aplikasi internet sebaik sahaja anda berjaya memasuki desktop Windows XP.
0 komentar:
Posting Komentar